Dedaunan

Saturday 20 April 2013

RANTAIAN MAKANAN





Semua organisma hidup memerlukan makanan untuk terus hidup. Tumbuh-tumbuhan membuat makanan mereka sendiri dan dimakan oleh haiwan. Binatang- binatang ini kemudian menjadi makanan bagi haiwan lain, maka terhasillah rantai makanan. Berpandukan contoh diatas, arnab makan daun-daun tumbuhan. Arnab ini seterusnya dimakan oleh serigala. Semua rantai makanan bermula dengan matahari. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja herbivor. Haiwan yang makan haiwan lain dikenali sebagai karnivor.

Haiwan mendapatkan tenaga dan nutrien dengan memakan haiwan kecil atau tumbuh-tumbuhan yang lain.Sebagai contoh beluncas makan daun burung kecil makan beluncas dan burung kecil itu kemudiannya akan dimakan oleh burung helang.

Hubungan antara haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini dikenali sebagai rantaian makanan (food chain). Hampir semua rantaian makananbermula dengan tumbuhan hijau.
Tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai pengeluar kerana mereka membuat makanan sendiri. Mereka adalah pada permulaan rantaian makanan.
 Haiwan yang dikenali sebagai pengguna kerana mereka makan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang lain.

p/s: haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai herbivor, makan daging sahaja dikenali sebagai karnivor manakala haiwan yang makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan dipanggil omnivor.

No comments:

Post a Comment