Dedaunan

Saturday 25 May 2013

Terang dan Gelap

MAKRO PENGAJARAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran:                       Dunia Sains Dan Teknologi
Kelas:                                      2 Biru
Tarikh:                                    14 hb Mei 2013
Masa:                                      7.40pagi – 8.40 pagi
Bilangan murid:                       35 orang
Tema:                                      Sains Fizikal
Tajuk:                                      4    Terang dan Gelap
Standard Kandungan  :           4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap 

Hasil pembelajaran:                4.1.1    Mengenal pasti sumber cahaya seperti matahari, lampu, lampu suluh dan api.

                                                4.1.2    Membezakan keadaan terang dan gelap melalui penyiasatan
                                                           
                                                4.1.3    Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.

                                                4.1.4    Menaakul kepentingan cahaya kepada manusia.
                                                4.1.5    Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

                                                Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
                        A                      Menguasai isi kandungan
                                                a. Menyatakan sumber-sumber yang boleh menghasilkan 
cahaya.
                                                b. Menyatakan perbezaan antara keadaaan terang dan gelap.


B                      Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
                                        a. Membuat pemerhatian dengan menggunakan deria penglihatan 
                                            untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
                                        b. Berkomunikasi dengan cara mempersembahkan maklumat 
                                            atau idea dalam bentuk lisan.
                        C                     Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                        a. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
                        b. Menyedari bahawa Sains satu daripada cara untuk
                            memahami alam.
                        c. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
                        d. Berani mencuba
                       
Konsep/prinsip/hukum/teori:   Cahaya adalah suatu bentuk tenaga yang membolehkan manusia melihat

                                                Sifat cahaya yang bergerak lurus dan tidak boleh menembusi objek legap menyebabkan  terhasilnya bayang-bayang.

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
                                                Skrin putih, lampu suluh,buku teks, buku aktiviti dan projektor.
                                               
Langkah berjaga-jaga:            Suatu ketika keadaan bilik komputer akan digelapkan,guru perlu berhati-hati supaya murid tidak menjerit dan keadaan tidak terkawal.
                                                Cahaya daripada projektor terlalu terang akan membahayakan mata murid  , guru akan pastikan murid yang dipanggil ke hadapan memandang ke arah skrin bukannya projektor.


Pengetahuan sedia ada murid :           Murid telah mengetahui fungsi mata iaitu untuk
  melihat.


Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Nota
Permulaan/ Mencungkil
( 5 min)
Murid menggunakan mata untuk melihat
1.Guru menyuluh lampu suluh ke arah skrin dan meminta murid melihat di skrin putih.


2.Guru bertanya:

a).Apakah yang kamu lihat

3.Guru memberitahu tentang tajuk yang akan diajar iaitu CAHAYA.


4.Guru bertanya lagi:
b). Apakah objek-objek yang boleh mengeluarkan cahaya?.

Murid  menjawab soalan guru.



Jawapan murid: a)cahaya








b)lampu suluh, api, matahari, pelita dan sebagainya.
Kemahiran komunikasi

Soal jawab

Pencetusan idea
(10 min)


Keadaan terang dan gelap


1. Guru meminta seorang murid menutup semua suis lampu dalam makmal komputer.

2. Kemudian, guru meminta  murid  itu membuka suis lampu.

3. Guru bertanya:.
a). Sekarang, bagaimanakah keadaan bilik ini?.



b).Tadi, Kenapakah bilik ini gelap?

1. Murid menjawab soalan guru.






Jawapan murid:

a)suis lampu dibuka/ ada cahaya

b)suis lampu ditutup/ tiada cahaya

Penstrukturan semula idea
(20 minit)
Kejadian bayang-bayang

Guru meminta seorang murid datang ke hadapan kelas untuk membantu guru.

Sekiranya murid lain menyatakan melihat sesuatu pada skrin iaitu bayang-bayang dan sekiranya sebaliknya guru akan bertanya: Apakah yang kamu dapat lihat pada skrin.

Guru bertanya:
a)Bayang-bayang apakah itu?.


b)Bagaimanakah bayang-bayang Akmal dapat dilihat pada skrin?.

Sekiranya murid tidak dapat menjawab, guru akan memberi penerangan tentang pembentukan bayang-bayang.



Seorang murid pergi ke hadapan kelas.











Jawapan murid: a)bayang-bayang murid (contoh:Akmal)

b)Cahaya tidak boleh menembusi badan Akmal.




Aplikasi Idea
(15 min)

Kepentingan cahaya


1.Guru meminta bilik digelapkan semula dan bertanya murid tentang objek yang dipegang oleh guru.

a)Objek apakah yang cikgu sedang tunjukkan kepada kamu?.

Seorang murid diminta menyuluh objek yang dipegang oleh guru.

Guru bertanya:
 b)Sekarang, kamu dapat lihat objek yang cikgu pegang.

c)Kenapakah kamu dapat lihat?.

Guru meminta murid menyatakan kepentingan cahaya kepada manusia.

Guru meminta murid membuat latihan tentang cahaya. (Latihan 1)


Perbincangan







a)Jawapan murid yang mungkin: tidak tahu





b) ya



c) ada cahaya


Cahaya membolehkan kita melihat.

Murid menyiapkan latihan yang diberikan.
(Latihan 1)

Murid berbincang jawapan yang mereka buat dengan guru.

Refleksi/
Penutup
(10 min)

Lagu Matahari
1.Guru menayangkan video lagu matahari dan murid diminta menyanyikan bersama-sama.

2.Guru memberikan kerja rumah kepada murid.(buku aktiviti m/s 55 )
Murid menyanyikan lagu matahari bersama-sama

Murid menandakan muka surat yang perlu dibuat dalam buku aktiviti.





Sunday 21 April 2013

How does a caterpillar turn into a beautiful butterfly?


HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS

1. Badak Sumatera








2. Gajah









3. Penyu









4. Tapir








5. Harimau Belang









ANIMAL REPRODUCTION

Some animal that lays their eggs while some give birth to their offspring.
In this video, we will be introduced to the types of reproduction and the animal that lay eggs and give birth.
Let's watch this short video and understand the significant of reproduction towards our biodiversity.



Friday 5 April 2013

GURU




BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979